Program Hari Terbuka Parlimen Batu

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Program Hari Terbuka Parlimen Batu melibatkan kerjasama diantara tiga buah Pusat Internet iaitu Pusat Internet Batu Muda, Beringin dan Intan Baiduri. Program ini telah berlangsung pada 20 Oktober sekitar jam 9.00-1.00 petang. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita iaitu Datuk Yatimah binti Sarjiman.

Pelbagai acara yang telah dijalankan pada hari tersebut iaitu ceramah berkenaan keganasan rumahtangga oleh Jabatan Pembangunan Wanita, taklimat penjagaan kesihatan mulut dan gigi oleh Lembaga Pembangunan Penduduk, pertandingan menaip secara pantas, melukis dan mewarna atas talian, pameran pencetak 3D dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali