Hari Terbuka PI PPR Kg Batu Muda

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember yang lalu, Pi PPR Kg Batu muda telah mengadakan Hari Terbuka Mini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Pelbagai peringkat umur datang sama-sama meraikan hari tersebut. Dianggarkan seramai 53 orang pengunjung mneyertai acara yang diadakan seperti demo pola baju dan menjahit baju kurung, pertandingan karaoke menerusi Youtube, tayangan dan taklimat berkenaan klik dengan bijak, pertandingan mewarna & menyusun teka-teki atas talian, sesi penyerahan barangan e-sisa dan sebagainya.

Acara program Hari Terbuka dirasmikan oleh Ketua Penduduk Blok G PPR Batu Muda iaitu, En Shaari Mohamad. Selain itu, Pusat internet juga menyediakan sarapan pagi buat 40 pengunjung terawal yang mendaftar. Sambutan agak menggalakkan meskipun musim cuti sekolah dan ramai yang pulang ke kampong halaman. Apa yang diharapkan menerusi program ini adalah pengunjung mendapat manfaat yang disediakan oleh pihak Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali