Cara Mendaftar Akaun Shopee

15 September 2018 | Aktiviti Terkini

Zaman kini adalah zaman kuasa dihujung jari. Sejajar dengan itu, staf Pusat Internet PPR Kg Batu Muda mengadakan latihan mendaftar pada akaun Shopee. Shopee merupakan talian akses bagi beribu produk pasaran yang memudahkan para pengguna untuk membeli barangan mereka tanpa perlu beratur di hadapan kaunter untuk pembayaran.

Para surirumah yang terlibat turut dimaklumkan sekiranya mereka berminat untuk menjadi sebahagian peniaga dalam talian, Shopee merupakan platform yang sesuai. Mereka diajar tentang bagaimana mendaftar akaun baru, memilih produk yang diperakui kualiti, dan cara bagaimana untuk menjual barangan mereka sekiranya berhasrat untuk berbisnes.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali