i-SURI (Anjuran Pejabat Parlimen Batu)

10 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari, Sabtu yang lalu telah berlangsung majlis i-SURI (Anjuran Pejabat Parlimen Batu). Majlis ini bertujuan memberikan pendedahan dan pendaftaran terbuka buat surirumah kepada i-SURI. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah dan Y.B P. Prabakaran Adun Batu Muda. Selain itu terdapat agensi-agensi kerajaan turut sama menyertai seperti LHDN, KWSP, JPM, KPWKP, JKM, MITRA, KKM, MAIWP, BOMBA, AADK PDRM, DBKL dan juga jualan car boot sale.

Penduduk Ppr Kg. Batu Muda dengan mudah boleh membuat pendaftaran akaun i-SURI dan BSH. Pembayaran bil sewa rumah, permohonan baitulmal, permohonan e-Kasih dan byk lagi perkhidmatan yang disediakn mengikut agensi kerajaan yang hadir. Dan juga terdapat aktiviti demo dari pasukan BOMBA. Dianggarkan seramai 500 peserta dari penduduk Ppr dan juga luar menyertai majlis ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali