Program Perpaduan #Komuniti Prihatin

27 September 2020 | Aktiviti Terkini

Program ini adalah usaha sama KRT Intan Baiduri dan PI PPR Intan Baiduri yang dibantu oleh PI PPR Kg. Batu Muda, PI PPR Kg. Baru Air Panas dan PI Taman Beringin. Ini bertujuan menjalankan aktiviti bersama komuniti bagi mengeratkan silaturrahim serta memberikan pendedahan dengan lebih lanjut mengenai pusat internet. Ia juga adalah sebagai ruang untuk saling kenal mengenal, mengeratkan hubungan silaturrahim serta mewujudkan semangat kerjasama dan tolong-menolong sesama komuniti setempat dan staff Pusat Internet, memberi pendedahan terperinci kepada penduduk sekitar tentang objektif dan tujuan penubuhan Pusat Internet dan memperkenalkan Program Klik Dengan Bijak (KDB), Check Your Label dan lain-lain.

Butiran Aktiviti:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali