Program Perkongsian Santai Peristiwa Hari Malaysia : Apa Yang Anda Tahu?

11 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada masa pandemik Covid-19, program secara dalam talian amatlah digalakkan supaya penjarakkan dapat dijaga dan dapat mengekang penularan wabak ini. Pihak PIK PPR Kg. Batu Muda mengadakan satu program secara langsung yang dikongsikan di laman sosial rasmi facebook. Program ini adalah bertujuan untuk menghayati serta meningkatkan kefahaman mengenai peristiwa Hari Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi. Tarikh keramat 16 September memberikan impak yang besar kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Kita perlu sentiasa amalkan sikap hormat-menghormati dengan semua tidak kira agama dan bangsa. Semoga kita dapat memastikan keamanan dan perpaduan yang berterusan di negara kita.

Perkongsian ini boleh ditonton di pautan ini https://fb.watch/7WUrWGj9Ah/ .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali