Staff Training : Tips & Tutorial using Canva for Beginners

12 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2021 (Jumaat) jam 2.30 petang, satu latihan tentang tips dan tutorial cara penggunaan aplikasi Canva diadakan secara atas talian untuk kakitangan pusat internet komuniti (PIK) bahagian Tengah. Latihan ini diberikan oleh salah seorang kakitangan PIK Semenyih, Encik Anwar Maso’od. Tujuan latihan ini adalah untuk mengembangkan lagi pengetahuan mengenai skop penyuntingan. Pelatih kita memberikan pengenalan asas dan cara yang mudah untuk menggunakan aplikasi Canva ini. Tip-tip tambahan juga turut diberikan untuk memastikan suntingan yang kita lakukan menjadi lebih menarik dan kreatif. Tunjuk ajar yang diberikan mudah difahami dan akan di praktikkan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali