E-Learning Games : Kenalpasti Peranti

16 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2021 (Khamis), Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Kg. Batu Muda menjalankan aktiviti secara atas talian kerana negara kita masih lagi dalam pandemik covid-19. Jadi, aktiviti secara atas talian seperti ini mampu mengekang penularan covid-19. Tujuan e-pembelajaran ini adalah untuk menguji tahap pengetahuan am yang ada dalam kalangan masyarakat setempat mengenai masukkan (input) dan keluaran (output) peranti. Konsep permainan ini adalah dengan padankan peranti mengikut kumpulan yang betul. Ia juga adalah untuk mengisi masa lapang para pengikut laman sosial PIK. Permainan ini diwar-warkan di facebook rasmi dan instagram PIK PPR Kg. Batu Muda. Semoga ia bermanfaat untuk anda semua. Ini adalah pautan permainan kenalpasti peranti https://www.facebook.com/PEDiBatuMuda/posts/1612200305641537 .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali