E-Learning Kuiz Kemerdekaan : Merdekakah Aku?

20 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2021 (Khamis), Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Kg. Batu Muda ada menyediakan satu kuiz sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Di musim pandemik Covid-19, pihak kami sedaya upaya mencipta aktiviti kepada penduduk sekitar menggunakan medium dalam talian untuk mengekang penyebaran covid-19.

Tajuk kuiz, “Merdekakah Aku?” adalah untuk menunjukkan bahawa para peserta yang menyertai mengetahui perihal sejarah kemerdekaan negara kita. Dengan adanya kuiz seperti ini dapat menyemarakkan dan memupuk jati diri sebagai rakyat yang sayang akan negaranya. Kita sebagai rakyat jangan lupa akan jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang sentiasa berjuang untuk mendapatkan keamanan serta kedamaian untuk rakyat Malaysia.

Semoga kuiz yang dikongsikan di link bawah ini berguna untuk semua.
https://www.facebook.com/PEDiBatuMuda/posts/1636948166500084

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali