Perkongsian Aplikasi Menarik Antara Pusat Internet Komuniti Bahagian Tengah

19 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2021 (Jumaat), satu perkongsian telah diadakan secara alam maya menggunakan aplikasi Google Meet bersama dengan kakitangan Pusat Internet Komuniti Bahagian Tengah. Perkongsian ini adalah untuk berkongsi aplikasi-aplikasi yang menarik serta mudah digunakan oleh masyarakat setempat dalam kehidupan seharian. Perkongsian ini juga bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang aplikasi yang ada pada abad ini. Antara aplikasi yang dikongsikan seperti aplikasi untuk penyuntingan (Camtasia), cara penggunaan ‘ads market’ di facebook, penggunaan ‘google lens’ dan lain-lain lagi. Tunjuk ajar yang diberikan semasa perkongsian ini mudah difahami oleh semua pihak yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali