Penyantunan Dalam Talian (Online Grooming) : “Implikasi Kepada Generasi Muda “

21 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2021 (Ahad), Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Kg. Batu Muda dijemput untuk berkolaborasi bersama PIK PPR Bandaria Park mengupas topik penyantunan dalam talian. PIK lain yang turut serta ialah PIK Lawang dan PIK Kg. Taee. Perbualan ini dilakukan secara langsung menggunakan aplikasi streamyard. Dalam perkongsian ini, pihak kami banyak memberi pendedahan mengenai online grooming, cara ia dilakukan dan peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah ini. Isu-isu seperti ini perlulah ditekankan supaya ia memberi kesedaran kepada ibu bapa serta masyarakat diluar sana mengenai penyantunan dalam talian ini. Penyantunan dalam talian ini adalah satu jenayah yang merujuk tindakan seseorang terhadap kanak supaya mendengar kata atau suruhan pemangsa. Ianya berlaku secara atas talian sehinggalah kearah keganasan seksual, ugutan, pelacuran dan pornografi kanak-kanak. Jadi, kita harusla sentiasa memantau aktiviti dalam talian anak-anak untuk mengelakkan gejala ini berlaku. Semoga ia bermanfaat untuk semua. Perkongsian ini di link https://fb.watch/6k49RVv2Bx/ .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali