Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di PIK PPR Kg. Batu Muda

26 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Oleh kerana peningkatan penularan kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). PdPR adalah kaedah pembelajaran secara dalam talian secara langsung melalui peranti telefon pintar atau komputer dan perlu mempunyai capaian internet. Pada hari ini 25 Januari 2021, ahli PIK Adik Hadhif telah datang ke PIK PPR Kg. Batu Muda menggunakan fasiliti tersedia untuk menghadiri PdPR sesi persekolahanya.

PIK PPR Kg. Batu Muda mengalu-alukan pelajar komuniti PPR Kg. Batu Muda datang dan menggunakan fasiliti yang tersedia bagi menghadiri PdPR. Inisiatif ini diharap dapat membantu pelajar yang tiada capaian internet, capaian internet rendah dan juga yang memerlukan fasiliti akses kepada komputer bagi tujuan kegunaan PdPR. Ianya dilakukan melalui temujanji dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali