Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di PIK PPR Kg. Batu Muda

26 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Oleh kerana peningkatan penularan kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk ketika ini. PdPR adalah kaedah pembelajaran secara dalam talian secara langsung melalui peranti telefon pintar atau komputer, dan perlu mempunyai capaian internet.

Pada tarikh 24 Mei dan 25 Mei 2021 ahli PIK Adik Aliff pelajar tingkatan 3, telah datang ke PIK PPR Kg. Batu Muda dan menggunakan fasiliti tersedia untuk menghadiri PdPR sesi persekolahanya. PIK PPR Kg. Batu Muda mengalu-alukan pelajar komuniti PPR Kg. Batu Muda datang dan menggunakan fasiliti yang tersedia bagi menghadiri PdPR.

Inisiatif ini diharap dapat membantu pelajar yang tiada capaian internet, capaian internet rendah dan juga yang memerlukan fasiliti akses kepada komputer bagi tujuan kegunaan PdPR. Ianya dilakukan melalui janjitemu dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali