Kelas Individu – Belajar Penggunaan Asas Microsoft Word

30 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Disember 2021 (Rabu), ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda, adik Syawal datang berkunjung ke PEDi untuk mempelajari ilmu asas dalam penggunaan Microsoft Word. Pada hari ini, kakitangan PEDi memperkenalkan beberapa fungsi yang ada di dalam Ms. Word. Adik Syawal diajar cara menukarkan huruf kecil kepada huruf besar, saiz font, jenis tulisan dan titik “bullet”.

Selepas diberi penerangan dan tunjuk ajar, kakitangan memberi satu tugasan ringkas untuk adik Syawal menaip supaya dia dapat memahami kelas individu ini dengan lebih mendalam. Semoga adik Syawal dapat menggunakan serba sedikit ilmu asas ini di masa akan datang. Pihak PEDi sentiasa inginkan yang terbaik untuk pengunjung yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali