Pentingnya Kefahaman Tentang Check Your Label

29 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 28 April 2021 bersamaan hari Rabu, kakitangan PIK PPR Kg. Batu Muda memberikan perkongsian serba sedikit mengenai Check Your Label kepada ahli PIK yang datang berkunjung menggunakan perkhidmatan di PIK. Kakitangan PIK menekankan kepada ahli PIK itu untuk menyemak dahulu sebelum membeli sesuatu peralatan komunikasi. Ini bertujuan supaya menjamin hayat peralatan yang dibeli itu bertahan lama dan menggelakkan daripada berlaku kerosakkan. Kepada para pengguna peralatan komunikasi pastikan barangan yang dibeli mempunyai label MCMC atau SIRIM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali