Kemudahan Fasiliti Di Pusat Internet Komuniti PPR Kg. Batu Muda

4 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) ditubuhkan bagi memudahkan penduduk sekitar dalam menggunakan fasiliti yang disediakan. Pada 3 September 2021, seorang ahli PIK PPR Kg. Batu Muda, En. Razi datang berkunjung ke PIK untuk menggunakan perkhidmatan komputer serta kemudahan internet bagi menghadiri satu sesi temuduga kerja secara dalam talian. Disebabkan negara kita masih melawan Covid-19, temuduga secara dalam talian amatlah di sokong agar dapat mengekang penularan ini. Kakitangan PIK turut membantu Encik Razi dalam proses melayari Microsoft Teams Meeting untuk sesi temuduga tersebut. Di samping itu, pihak PIK mendoakan agar temuduga tersebut berjaya ke peringkat seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali