E-Learning Games ( Interland – Be Internet Awesome)

4 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 April 2021 (Sabtu), adik Aidil datang berkunjung ke Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Kg. Batu Muda untuk menggunakan perkhidmatan komputer. Kakitangan PIK memperkenalkan satu permainan e-pembelajaran seperti Interland – Be Internet Awesome kepada adik Aidil. Permainan ini adalah percuma dan boleh diakses oleh semua kalangan umur. Ia sangat bersesuaian dengan adik Aidil kerana permainan ini dapat membantu dalam meningkatkan ilmu kepantasan serta kecekapan dalam penggunaan IT. Permainan ini turut memberi pendedahan asas-asas keselamatan digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali