Staff Training : How to Use OBS Studio

5 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Jun 2021 (Jumaat), satu latihan tentang pengenalan asas cara penggunaan aplikasi OBS studio untuk tujuan penyuntingan diadakan secara atas talian untuk kakitangan pusat internet komuniti (PIK) bahagian Tengah. Latihan ini diberikan oleh salah seorang kakitangan PIK Semenyih, Encik Anwar Maso’od. Walaupun latihan ini dijalankan secara atas talian disebabkan faktor bekerja dari rumah pada musim PKP penuh, ia tidak menjejaskan pihak kakitangan PIK dalam menimba ilmu. Latihan ini turut membantu kakitangan PIK lain dalam meningkatkan kreativiti serta kemahiran dalam skop penyuntingan. Tunjuk ajar yang diberikan mudah difahami dan akan di praktikkan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali