Pelancaran Secara LIVE Misi Jelajah Digital Anjuran Maxis e-Kelas

5 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2021 (Sabtu), kakitangan PIK PPR Kg. Batu Muda telah menyaksikan pelancaran secara LIVE Misi Jelajah Digital (Youtube LIVE) yang dianjurkan oleh pihak Maxis e-Kelas. Pelancaran ini disaksikan oleh beratusan penonton daripada pelbagai umur dan tempat. Program Misi Jelajah Digital ini adalah satu pertandingan yang berkaitan dalam meneroka ilmu sebenar sains, teknologi , kejuruteraan dan matematik (STEM). Antara isi kandungan di dalam pelancaran ini adalah ada beberapa pihak yang berkewajipan daripada wakil Kementerian Pendidikan Malaysia menceritakan beberapa perkara mengenai pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta cabaran STEM yang perlu ditekankan oleh pelajar pada masa kini.

Selain itu, pelancaran ini turut menceritakan mengenai keseronokkan dalam penerokaan angkasa lepas dan sains. Penceritaan ini disampaikan oleh pakar astrofizik negara, Dato' Seri Dr. Mazlan Othman. Intipati yang diberikan oleh wakil-wakil jemputan sangat menarik dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan untuk semua penonton yang menonton LIVE tersebut. Jika ada yang berminat untuk menyertai Misi Jelajah Digital boleh layari di pautan ini https://www.maxis.my/misi-stem .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali