Program #MyBaikHati Maxis di PEDi PPR Kg. Batu Muda

5 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Kg. Batu Muda menjadi perantara bagi program #MyBaikHati yang dilakukan oleh pihak Maxis. Program #MyBaikHati yang diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini adalah program sumber awam yang dikendalikan oleh industri telekomunikasi untuk mengumpul dan membaik pulih peranti terpakai, termasuk komputer riba, tablet dan/atau telefon pintar 4G yang disumbangkan oleh orang ramai. Peranti tersebut akan diagihkan untuk membantu pelajar dari keluarga B40 untuk keperluan peranti mereka, serta sekolah yang memerlukan desktop tambahan untuk makmal komputer.

#MyBaikHati yang dijalankan oleh industri telekomunikasi Maxis adalah dengan membuat pengagihan laptop terpakai kepada beberapa golongan B40 yang tinggal di PPR Batu Muda dan berkelayakan. Pada 4 Disember 2021, pihak PEDi telah membuat pengagihan kepada beberapa penerima B40 yang telah ditapis dan berkelayakan. Dengan adanya program seperti ini dapat membantu meringankan beban bagi golongan yang kurang berkemampuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali