Word Search : IT World

7 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Jun 2021 (Ahad), Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Kg. Batu Muda ada menyediakan satu permainan secara atas talian untuk mengisi masa lapang para pengikut laman rasmi media sosial kami. Permainan ini sangat mudah kerana para peserta hanya perlu mencari perkataan sembunyi. Perkataan-perkataan turut dilampirkan bagi memudahkan para peserta mencari perkataan tersebut. Para peserta perlu pantas dan cepat mencari jawapannya kerana permainan tersebut mempunyai had masa serta had nyawa. Tujuan permainan ini dihasilkan bukan sahaja untuk mengisi masa lapang para peserta malah ia turut membantu dalam meningkatkan kemahiran melihat dengan pandangan yang tajam serta kepantasan mencari dalam masa yang diberikan. Semoga ia bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali