Sesi Penerangan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh SSM bersama PIK di Wilayah Persekutuan

7 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Oktober 2021 (Khamis), pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan satu sesi penerangan mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada kakitangan PIK di Wilayah Persekutuan secara dalam talian menggunakan aplikasi ZOOM. Penerangan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang SPPP dimana boleh digunakan oleh kakitangan PIK dalam membantu usahawan di sekitar PIK dalam melakukan pendaftaran tersebut. SSM ini adalah satu badan dimana ia berfungsi sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

Untuk membantu usahawan daripada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa, pihak SSM membentuk satu tawaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) iaitu melakukan pendaftaran SSM secara percuma. Pendaftaran untuk SSM sekarang sudah mudah dan menjimatkan masa kerana boleh daftar secara dalam talian di laman web https://ezbiz.ssm.com.my/?0 . Jadi buat usahawan diluar sana jom rebut peluang ini dengan kadar segera.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali