Sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

7 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2021 (Isnin), pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan satu sesi penerangan berkenaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) kepada Rakan Digital PEDi dan Pengurus PEDi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan. Taklimat ini dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams.

Penerangan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang SPPP, dimana boleh digunakan oleh Rakan Digital PEDi dan Pengurus PEDi dalam melakukan pendaftaran SPPP. Pihak SSM turut memberikan penerangan syarat-syarat SPPP khususnya buat usahawan yang berminat dalam mendaftarkan perniagaan mereka di SSM. Demonstrasi cara untuk mendaftar secara dalam talian ditunjukkan oleh wakil kakitangan SSM.

Peluang ini dibuka kepada usahawan daripada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. Kepada usahawan yang menepati syarat-syarat yang diberikan adalah layak untuk memohon SPPP. Pendaftaran untuk SSM sekarang sudah mudah dan menjimatkan masa kerana boleh daftar secara dalam talian di laman web https://ezbiz.ssm.com.my/?0 .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali