Kuiz Klik Dengan Bijak (Crossword Puzzle)

16 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada musim Covid-19, aktiviti secara dalam talian masih dijalankan bagi mengelak penularan wabak ini. Walaupun kawasan PIK PPR Kg. Batu Muda sudah memasuki Pelan Pemulihan Negara fasa 2, aktiviti bersemuka perlu dielakkan bagi keselamatan semua pihak. Pada 15 September 2021, satu kuiz dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan seseorang peserta dalam memahami tentang klik dengan bijak. Dengan soalan yang diberikan, pihak PIK berharap para peserta dapat menjawabnya dengan tepat. Kali ini, pihak PIK menggunakan templat ‘crossword puzzle’. Ia sangat mudah diakses dan digunakan oleh semua lapisan umur. Semoga kuiz ini bermanfaat untuk semua. Kuiz ini disediakan di pautan INI

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali