(PdPR) Aktiviti Kokurikulum Pandu Puteri

11 April 2021 | Aktiviti Terkini

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekolah masih belum mengadakan aktiviti kokurikulum secara bersemuka. Pada 10 April 2021 hari Sabtu, Adik Shafirah telah datang ke PIK PPR Kg. Batu Muda menggunakan fasiliti tersedia untuk menghadiri PdPR aktiviti Kokurikulum Pandu Puteri.PIK PPR Kg. Batu Muda mengalu-alukan pelajar komuniti PPR Kg. Batu Muda datang dan menggunakan fasiliti yang tersedia bagi menghadiri PdPR. Inisiatif ini diharap dapat membantu pelajar yang tiada capaian internet, capaian internet rendah dan juga yang memerlukan fasiliti akses kepada komputer bagi tujuan kegunaan PdPR. Ianya dilakukan melalui temujanji dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali