Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh SSM bersama PIK di Wilayah Persekutuan dan Usahawan

28 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2021 (Rabu), pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan satu taklimat mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada kakitangan PIK di Wilayah Persekutuan dan usahawan di sekitar PIK secara dalam talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams. Penerangan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang SPPP dimana boleh digunakan oleh kakitangan PIK serta usahawan di sekitar PIK dalam melakukan pendaftaran tersebut. Pihak SSM turut memberikan penerangan syarat-syarat SPPP khususnya buat usahawan yang berminat dalam mendaftarkan perniagaan mereka di SSM.

Demonstrasi cara untuk mendaftar secara dalam talian ditunjukkan oleh wakil kakitangan SSM. Peluang ini dibuka kepada usahawan daripada golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. Kepada usahawan yang menepati syarat-syarat yang diberikan adalah layak untuk memohon SPPP. Pendaftaran untuk SSM sekarang sudah mudah dan menjimatkan masa kerana boleh daftar secara dalam talian di laman web ezbiz.ssm.com.my

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali