Merdeka Stairs Climbing Race @ PPR Batu 2022

8 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2022, pihak Warisan Batu ada menganjurkan satu pertandingan lumba menaiki tangga sebanyak 17 tingkat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta memberi kesedaran pentingnya menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan budaya bersenam. Lumba 17 tingkat ini menyasarkan golongan yang berumur lingkungan 15-40 tahun. Program ini berlangsung di blok D PPR Batu Muda. Terdapat jualan makanan, minuman serta booth jualan perkhidmatan plan internet Maxis terkini. Wakil staf PEDi turut hadir dalam memberikan sokongan kepada ahli PEDi yang menyertai pertandingan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali