Bimbingan Menggunakan Fungsi ‘Edit’ di Aplikasi PDF

18 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2022 (Ahad), Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda dikunjungi oleh ahli PEDi untuk melakukan tugasan beliau. Encik Razi meminta bantuan daripada kakitangan PEDi untuk membimbing beliau dalam mengemaskini permohonan kerjanya menggunakan laptop persendirian melalui aplikasi PDF editor. Di samping itu, kakitangan PEDi turut memberi tunjuk ajar cara meletakkan tandatangan digital ke dalam dokumen PDF tersebut.

PEDi PPR Kg. Batu Muda menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk sekitarnya. Sebarang pertanyaan atau tunjuk ajar, komuniti sekitar boleh terus datang ke PEDi. Pihak kami akan membantu komuniti sekitar dengan sebaik mungkin. Semoga apa yang diajar kepada ahli PEDi dapat di manfaatkan dengan sebaiknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali