Kemudahan Fasiliti Yang Disediakan Di PEDi PPR Kg. Batu Muda

22 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ialah satu pusat sehenti untuk semua masyarakat. Antara peranan PEDi ialah menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

Pada 21 April 2022 (Khamis), PEDi PPR Kg. Batu Muda dikunjungi oleh ahli PEDi untuk menggunakan kemudahan fasiliti yang disediakan seperti komputer yang mempunyai capaian internet. Ahli PEDi ingin menggunakannya untuk menghadiri satu temuduga kerja secara dalam talian. Kakitangan PEDi memberi bantuan dalam memastikan setiap log masuk untuk sesi temuduga itu berjalan lancar. Beliau dapat menghadiri temuduga kerja tersebut dalam keadaan baik tanpa ada gangguan dalam capaian internet. Pihak PEDi PPR Kg. Batu Muda mendoakan agar ahli PEDi tersebut berjaya dalam temuduga tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali