Kuiz Klik Dengan Bijak Januari 2022

24 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2022 (Ahad), Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda telah berkongsi satu kuiz klik dengan bijak secara atas talian mengenai Check Your Label (CYL). Kuiz ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai apa itu check your label serta memupuk kesedaran kepada semua pihak dalam menangani pembelian alat komunikasi yang palsu atau klon. Kebanyakkan peralatan komunikasi yang dijual dengan harga yang murah tanpa ada perakuan daripada pihak berwajib. Perkara ini boleh mengakibatkan kemudaratan kepada pengguna seperti menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada penyedia perkhidmatan komunikasi dan gangguan frekuensi kepada rangkaian perkhidmatan komunikasi.

Kepada yang berminat untuk menyertai kuiz klik dengan bijak ini, boleh layari di pautan https://forms.gle/6fAZAYU9jossmQBg6 . Semoga ia bermanfaat untuk semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali