Bimbingan Menggunakan WhatsApp (Warga Emas)

24 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2022 (Selasa), Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda dikunjungi oleh ahli PEDi iaitu Makcik Zaleha. Makcik Zaleha meminta bantuan daripada kakitangan PEDi untuk membimbing beliau menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp kepada kenalan. Di samping itu, kakitangan PEDi turut memberi tunjuk bagaimana untuk memadam gambar yang tidak diingini di telefon pintar.

PEDi PPR Kg. Batu Muda menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk sekitarnya. Sebarang pertanyaan atau tunjuk ajar, komuniti sekitar boleh terus datang ke PEDi. Pihak kami akan membantu komuniti sekitar dengan sebaik mungkin. Semoga apa yang diajar kepada ahli PEDi dapat di manfaatkan dengan sebaiknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali