Mengisi Permohonan Bantuan (BKM) 2022

28 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda sentiasa bersedia untuk membantu penduduk di sekitar PPR Kg. Batu Muda dalam pelbagai urusan berkenaan IT dan juga keusahawanan. Pada 27 Januari 2022 (Ahad), ahli PEDi PPR Kg. Batu Muda meminta kakitangan PEDi untuk memberi tunjuk ajar dalam membuat pengisian permohonan bantuan (BKM) 2022 secara atas talian. Kakitangan memberi panduan kepada ahli PEDi seperti menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan untuk mengisi permohonan tersebut seperti sijil nikah, surat beranak anak serta dokumen pengesahan pasangan. Dengan bantuan kakitangan PEDi, Puan Linda berjaya menghantar permohonan tersebut. Semoga rezeki berpihak kepada Puan Linda dengan mendapat kelulusan permohonan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali