Kelas ICT Individu : Cara Menukarkan Format Gambar

28 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Januari 2022 (Ahad), Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda dikunjungi oleh ahli PEDi untuk melakukan tugasan beliau. Pn. Linda meminta bantuan tunjuk ajar daripada kakitangan PEDi untuk menukarkan format gambar. Pihak PEDi menunjukkan cara yang mudah untuk ditukarkan dengan mencari penukaran format gambar yang diinginkan di Google Search sahaja. Pn. Linda menggunakan laman web https://convertio.co/jfif-jpg/ untuk menukarkan format jfif ke jpg. Di samping itu, kakitangan PEDi mengajar beliau cara memuatnaik gambar yang ditukarkan itu di ruangan kerja beliau. Tujuan kelas sebegini dapat membantu ramai ahli PEDi untuk menjadi seorang yang bijak IT dan memudahkan urusan kerja harian mereka. Pihak PEDi sentiasa mengalu-alukan warga sekitar untuk menggunakan kemudahan yang ada disini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali