Bimbingan Menggunakan Microsoft Words (Membuat Jadual)

18 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2022 (Ahad), ahli PEDi, Adik Hadif telah berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda untuk melakukan tugasan sekolah beliau. Beliau meminta bantuan daripada kakitangan PEDi untuk membimbing beliau dalam menggunakan Microsoft Words untuk membuat jadual. Pihak kakitangan PEDi memberi tunjuk ajar cara membuat jadual dan mengisi tulisan di dalam jadual tersebut. Selain itu, beliau juga turut diberi penerangan cara untuk menyimpan dokumen tersebut. PEDi PPR Kg. Batu Muda menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk sekitarnya. Sebarang pertanyaan atau tunjuk ajar, komuniti sekitar boleh terus datang ke PEDi. Pihak kami akan membantu komuniti sekitar dengan sebaik mungkin. Semoga apa yang diajar kepada ahli PEDi dapat di manfaatkan dengan sebaiknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali