Saringan Kesihatan Percuma Peka B40

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2019 hari Ahad, telah diadakan Saringan Kesihatan Percuma Peka B40 jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Madrasah Ad Diniah PPR Batu Muda Blok B. Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Ini adalah program saringan kesihatan secara percuma untuk penerima BSH dan pasangan yang berumur 40 tahun dan ke atas. Penerima saringan saringan kesihatan percuma terlebih dahulu melakukan semakan kelayakan di www.pekab40.com.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali