Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Batu Muda
Sekolah Kebangsaan Batu Muda merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu Muda, Jalan Ipoh , Kuala Lumpur, Malaysia. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Batu Muda PPR memiliki 561 pelajar lelaki dan 514 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1075 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda
SMK Batu Muda (SMKBM) telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan keluasan 2.1 hektar. SMKBM yang terletak di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur merupakan sekolah kerajaan Gred B dan SMKBM mempunyai 4 bangunan utama. Pada awal tahun pembukaannya dengan hanya 360 orang bilangan pelajar iaitu Pelajar Tingkatan 1 sebanyak 240 orang (6 kelas), Tingkatan 2 sebanyak 120 orang (3 kelas), Pentadbir seramai 4 orang, Guru seramai 17 orang dan Staf sokongan seramai 4 orang, SMKBM telah berjaya membentuk imej yang cemerlang dan mempunyai bilangan pelajar yang semakin bertambah sehingga kini seramai lebih kurang 1600 orang pelajar.
Semenjak 2008, SMKBM menjalankan 2 sesi persekolahan bagi menampung bilangan pelajar tersebut. SMKBM turut mempunyai pelbagai prasarana yang memberi ruang kepada anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria. SMKBM juga menempatkan pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dalam aliran perdana dan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi.Kini, warga SMKBM berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai visi dan misi sekolah dan berhasrat menjadi sekolah berprestasi tinggi kelak.