Kempen Kesedaran kesihatan Percuma

7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2019, telah berlangsung Kempen Kesedaran Kesihatan Percuma di Dataran 2 PPR Batu Muda jam 8.30 pagi sehingga 1.00 petang. Kempen ini adalah anjuran dari NGO Sathiya Saibaba International, National Canser Society, Biro Kebajikan India Persatuan Penduduk PPR Batu Muda. Antara kemudahan perubatan percuma yang dilakukan adalah:-

1. Pemeriksaan Kanser
2. Pemeriksaan Umum
3. Pemeriksaan BMI
4. Pemeriksaan Diabetes
5. Pemeriksaan Darah Tinggi
6. Vitamin Percuma.
7. Ceramah dari pakar berkenaan kesedaran gaya hidup dan pencengahan denggi.

Sarapan pagi disediakan dan program khas kanak-kanak berumur 4-12 tahun turut diadakan juga. Dianggarkan seramai 200 orang menyertai kempen kesedaran kesihatan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali