Majlis Pelancaran Laluan Baharu GOKL Laluan Merah Maggis Line dihentian Bas PPR Batu Muda, Kuala Lumpur

29 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Perasmian laluan baharu bas percuma GOKL dilakukan oleh YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan di PPR Kg. Batu Muda. Ramai penduduk PPR Kg. Batu Muda menghadiri majlis perasmian ini untuk menyokong daya usaha yang dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan. Laluan ini dikenali dengan Merah Maggis Line yang akan menghubungkan PPR Kampung Batu Muda ke stesen LRT Sentul.

Bas GOKL ini akan memulakan perjalanannya dari SMK Tiara Permai melalui PPR Kampung Batu Muda dan Klinik Kesihatan Taman Batu Muda, masuk ke Jalan Sentul Pasar menghala ke pusat bandar dan akan melalui stesen LRT Sentul dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul. Ini dapat membantu mengurangkan kos pengangkutan bagi penduduk sekitar PPR Batu Muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali