Sesi Taklimat Bersama Wakil Pusat Internet Komuniti Sebagai Penemuramah Kajian Jabatan Statistik Dan Risikan

14 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2021 bersamaan hari Selasa, penolong pengurus PIK di sekitar Kuala Lumpur telah menyertai satu taklimat yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Statistik dan Risikan Data secara atas talian (ZOOM) yang bertujuan untuk memberi penjelasan tentang penemuramah kajian. Semua yang terlibat diberikan penjelasan yang terperinci mengenai tugasan yang perlu dilaksanakan. Taklimat ini melibatkan kakitangan PIK khususnya penolong pengurus untuk menjalani tugasan mereka sebagai penemuramah kajian dalam beberapa aspek seperti kajian pengguna telefon bimbit, kajian pengguna e-Dagang, kajian kepuasan pengguna dan kajian kualiti pengalaman jalur lebar. Taklimat ini meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai kajian dan penggunaan berkenaan IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali