Advokasi – Check Your Label

18 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2021, pihak kami telah berkongsi secara alam maya di laman rasmi facebook PIK PPR Kg. Batu Muda mengenai kepentingan dalam menyemak peralatan komunikasi yang dibeli dan diguna oleh semua pengguna itu mempunyai perakuan daripada pihak berwajib seperti MCMC. Check Your Label ini adalah salah satu kempen bagi memupuk kesedaran kepada pengguna bahawasanya peralatan komunikasi haruslah mempunyai label MCMC yang sahih supaya dapat mengelakkan pengguna daripada membeli peralatan yang palsu, klon dan tidak selamat. Tujuan perkongsian ini juga adalah untuk mewar-warkan kepada pengguna peralatan komunikasi yang mempunyai kesahihah label MCMC adalah selamat digunakan kerana telah mematuhi standard mengikut Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali