Pocket Talk CFM Bersama PIK Kuala Lumpur
19 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2021 (Sabtu) Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) mengadakan CFM Pocket Talk (Sesi Perkongsian Ilmu) bersama warga PIK Kuala Lumpur. Ianya dilakukan secara atas talian menggunakan Aplikasi Google Meet. Matlamat Program
- Meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya pengguna mengenai kewujudan dan peranan CFM dalam industri Komunikasi dan Multimedia di Malaysia.
- Memaklumkan pengguna mengenai kod yang melindungi hak mereka menurut peruntukan Kod Amalan Am Pengguna Untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC)
- Menanam dan meningkatkan kesedaran pengguna dan industri terhadap saluran yang disediakan oleh CFM berkaitan hak pengguna, peraturan dan teknologi untuk pengguna.
- Memaklumkan saluran untuk mengemukakan aduan, pertikaian dan rungutan di samping mengesyorkan prosedur penyelesaian pertikaian alternatif yang praktikal dan berpatutan.
- Memaklumkan prosedur menuntut pampasan atau sebarang bentuk tindakan lain kepada pengguna dalam kes melanggar kod.
- Meningkatkan keyakinan pengguna dengan mempromosikan dan menggalakkan piawaian perkhidmatan, tatalaku dan prestasi yang tinggi dalam seluruh industri komunikasi dan multimedia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: