Lawatan Daripada Wakil Consumer Forum of Malaysia (CFM)

24 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Kg. Batu Muda telah dikunjungi oleh wakil Consumer Forum of Malaysia dan tetamu vip, Datin NorHamiza (Media Prima Group). Tujuan lawatan ini adalah untuk sesi beramah mesra serta memupuk perhubungan yang erat di antara pasukan PIK dan pasukan CFM. Antara tujuan CFM ini ditubuhkan ialah untuk meningkatkan keyakinan pengguna dengan mempromosikan dan menggalakkan piawaian perkhidmatan, tatalaku dan prestasi yang tinggi dalam seluruh industri komunikasi dan multimedia. Selain itu, CFM ini adalah untuk menyediakan jalan dan saluran untuk mengemukakan aduan, pertikaian dan rungutan. CFM ini juga adalah salah satu platform advokasi untuk memberikan kesedaran kepada semua pihak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali