Kelas Asas Emel – Cara Mengarang Emel Dan Mengepil Dokumen

27 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2021 hari Selasa, seorang pelajar menengah rendah telah datang ke PIK untuk menyiapkan kerja sekolah secara online. Pelajar tersebut perlu menggunakan emel untuk menghantar kerja sekolah. Beliau kurang mahir menggunakan emel dan telah meminta bantuan staff PIK untuk mengarang emel dan mengepilkan dokumen. Staff PIK sedia membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tersebut. Diajarkan satu per satu cara mengarang emel dan mengepilkan dokumen di dalam emel. Ianya dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali