Pembelajaran Menggunakan Aplikasi di Telefon Pintar

26 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2021, Cik Zaleha berkunjung ke PIK PPR Kg. Batu Muda untuk mempelajari selok-belok penggunaan aplikasi di telefon pintarnya. Kakitangan PIK memberi tunjuk ajar cara menggunakan kamera untuk tangkap gambar, mengimbas QR kod mySejahtera dan cara mendaftarkan beliau sebagai penerima vaksin Covid-19. Tunjuk ajar yang diberikan oleh Cik Zaleha adalah salah satu fungsi pusat internet komuniti ditubuhkan, iaitu membantu dan memudahkan penduduk disekitarnya dengan memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali