Kempen Kesedaran Klik Dengan Bijak : Check Your Label

22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda ada membuat satu perkongsian penerangan tentang klik dengan bijak yang bertajuk Check Your Label (CYL). PEDi PPR Kg. Batu Muda masih giat membuat perkongsian secara atas talian berkenaan klik dengan bijak bagi memupuk kesedaran terhadap pentingnya mengambil tahu mengenai peralatan komunikasi yang kita miliki itu mempunyai label MCMC ataupun tidak. Ini amatlah ditekankan supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Pada 21 Januari 2022(Jumaat), pihak PEDi berkongsi video yang hampir 12 minit yang memberikan penerangan lanjut mengenai check your label (CYL). Video ini menceritakan tentang maksud CYL, kepentingannya serta risiko seandainya peralatan komunikasi tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berwajib.

Kepada yang ingin menonton , boleh terus ke pautan ini https://fb.watch/aGbjS_dRBV/ untuk menonton.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali