Bimbingan Menggunakan Microsoft Words Untuk Membuat Surat Rasmi

22 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2022 (Khamis), ahli PEDi, Encik Syazlan telah berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda untuk melakukan tugasan beliau. Beliau meminta bantuan daripada kakitangan PEDi untuk membimbing beliau dalam menggunakan Microsoft Words untuk membuat surat rasmi. Pihak kakitangan PEDi memberi tunjuk ajar cara menaip surat serta menerangkan beberapa fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Words. Selain itu, beliau juga turut diberi penerangan cara untuk menyimpan dokumen tersebut. Pihak PEDi turut membantu dalam menghantarkan dokumen tersebut melalui aplikasi Whatsapp yang dipautkan secara langsung melalui Whatsapp Web.

PEDi PPR Kg. Batu Muda menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk sekitarnya. Sebarang pertanyaan atau tunjuk ajar, komuniti sekitar boleh terus datang ke PEDi. Pihak kami akan membantu komuniti sekitar dengan sebaik mungkin. Semoga apa yang diajar kepada ahli PEDi dapat di manfaatkan dengan sebaiknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali