2022 Train the Trainer (TTT) : Autocrat (e-Sijil)

25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23-24 Julai 2022, staf (Pengurus & Penolong Pengurus) Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda telah menyertai satu latihan menggunakan aplikasi Autocrat secara dalam talian menggunakan Google Meet. Latihan ini dijalankan oleh En. Anwar Bin Maso’od (Pengurus PEDi Semenyih). Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada staf PEDi tentang salah satu extension menarik yang terdapat di Google Docs iaitu Autocrat. Autocrat ini adalah alat penggabungan dokumen atau Merge Tools pelbagai guna yang membolehkan pengguna untuk mengambil data dari hamparan dan menggabungkannya menjadikannya dokumen melalui template yang telah disediakan atau ditetapkan. Kebiasaanya Autocrat ini kerap kali digunakan oleh kalangan guru atau tenaga pengajar untuk memudahkan mereka dalam menghasilkan sijil. Objektif program dapat dicapai sepenuhya. Latihan ini sangat bermanfaat untuk staf PEDi dan akan diguna pakai untuk masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali