Pembelajaran Penggunaan Aplikasi Whatsapp
24 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2022 (Rabu), Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda di kunjungi oleh ahli PEDi untuk mempelajari beberapa perkara asas aplikasi Whatsapp. Cik Guna (ahli PEDi), meminta bantuan kakitangan PEDi untuk mengemaskini aplikasi Whatsapp serta cara menghantar dokumen kepada kenalannya. Kakitangan PEDi turut mengajar cara untuk menyalin dan tampal mesej Whatsapp yang diterima. Tujuan pembelajaran seperti ini dapat membantu memudahkan Cik Guna untuk menggunakan aplikasi Whatsapp. Pihak PEDi sedia membantu komuniti sekitar dalam meningkatkan ilmu digital IT. Semoga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan oleh semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: